Wednesday, September 2, 2015

Beza antara 'amal dan fi 'l (عمل dan فعل)

Sesuatu perkara yang kita lakukan tanpa disedari/ tujuan yang jelas (subconsciously)  disebut fi'l (فعل).

Sesuatu perkara yang kita lakukan secara sedar (consciously) dan mempunyai niat disebut 'amal (عمل).

Hikmah:
Jangan jadikan tasbih, tahmid dan istighfar kita sebagai fi'l; ia perlu dilakukan secara sedar dan niat yang benar (عمل).

3 Jenis perkataan dalam Bahasa Arab

  1. Tiga jenis perkataan dalam Bahasa Arab

Perkataan membentuk fragmen;

Fragmen membentuk ayat lengkap.

Dalam Bahasa Arab, ada 3 jenis perkataan iaitu:

  1. Ism (اسم) - Nama seseorang, tempat, barang-barang, idea, adjektif (sifatnama), adverb (sifatkata) dan lain-lain.

  1. Fi’l (فعل) - Perbuatan yang terikat dengan masa.

  1. Harf (حرف) - Perkataan yang memerlukan perkataan lain untuk difahamkan; Selain dari Ism dan Fi’l.

Latihan 1:

Kenalpasti sama ada perkataan berikut merupakan isim, fi’l atau harf:


Meja
Ke
tupai
Universiti
dalam
telap
Berlari
perlahan
Adila
Telah tidur
besar
senyum



Tuesday, September 1, 2015

Mengetahui Asas Quran

1. AlQuran diturunkan Allah SWT dalam Bahasa Arab.

2. Bahasa Arab Quran mempunyai ciri tersendiri, hikmah serta keajaiban bahasa serta intipati yang perlu kita ketahui sebagai muslim.

3. Mengapa sesetengah individu boleh menangis dengan mudah, menahan emosi sebak tatkala membaca AlQuran sedangkan kita sebahagian besarnya terdiam atau bingkas pergi tanpa merasa apa-apa.

4. Quran adalah mukjizat dari Allah SWT yang diturunkan kepada baginda Rasulullah SAW. Mukjizat yang keajaibannya kekal hingga ke hari kiamat, namun sejauh manakah kita menghargai Quran sebagai mukjizat untuk kita hayati dan hargai?

5. Kunci memahami Al Quran adalah dengan mempelajari Bahasa Arab. Untuk itu, sama-sama kita niatkan untuk proses pembelajaran ini, tiadalah niat kita selain dari untuk DEKAT dengan kalam Allah SWT, supaya ianya mekar di dalam hati dan menjadi bimbingan buat kehidupan kita.

"Sebaik-baik di kalangan kamu ialah mereka yang  belajar AlQuran dan mengajarnya"
Maksud Hadith Nabi SAW (Riwayat Bukhari)